Syarat dan Cara Memohon Jawatan Kosong Dalam e-Jawatan
 
  1. Syarat Memohon :
  1.1 Semua permohonan hanya boleh dibuat secara 'online' melalui laman web MPSP iaitu di http://www.mpsp.gov.my .
 
  1.2 Permohonan secara 'online' tidak memerlukan sebarang muat naik dokumen tetapi diperlukan apabila calon yang berjaya dipanggil temuduga.
 
  1.3 Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :
a)   Permohonan tidak dibuat secara 'online';
  b)   Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  c)   Permohonan tidak lengkap
 
  2. Tarikh Tutup Permohonan :
  2.1 Tarikh tutup permohonan boleh disemak melalui laman web e-Jawatan MPSP.
 
  3. Had Umur:
  3.1 Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
 
  4. Cara Permohonan :
  4.1 Bagi membuat pemohonan jawatan :
a)   Klik ke butang 'Jawatan Kosong' untuk mengetahui jawatan kosong yang di iklan serta syarat - syarat kelayakan jawatan.
b)   Klik ke butang 'Pemohonan Baru'.
  c)   Isikan semua maklumat yang dikehendaki dalam borang prapendaftaran.(Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat
        dan senang diingat oleh pemohon sendiri.) dan tekan butang 'hantar'.
  d)   Isikan semua maklumat yang dikehendaki untuk setiap halaman-halaman berikut:-
         I)       Maklumat Peribadi
         II)      Maklumat Akademik
         III)      Pengajian Tinggi
         IV)     Pengalaman
       V )     KPSL (untuk kakitangan awam sahaja)
  e)   Sila semak resume permohonan dan pemohon boleh membuat pembetulan melalui butang kemaskini permohonan.
  f )   Sila pilih jawatan yang dipohon dan tekan butang 'simpan'.
 
  4.2 Sekiranya pemohon mahu melihat status permohonan atau mengemaskini permohonan;
a)   Klik ke butang 'Kemaskini Permohonan'.
  b)   Isi kan No.kad Pengenalan dan Katalaluan yang anda pilih untuk masuk ke halaman utama sistem.
c)   Klik pada butang 'KELUAR' setelah selesai
d)   Pemohonan boleh mengemaskini permohonan sepanjang tahun
 
  4.3 Bagi mengetahui status permohonan;
a)   Klik ke butang 'Status Permohonan'.
b)   Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan.
c)   Status atau keputusan permohonan akan tertera.
 
  5. Catatan Am :
5.1 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
5.2 Pemohon-pemohon diingatkan agar sentiasa menyemak status permohonan masing-masing untuk mengetahui keputusan untuk panggilan
5.3 Pemohon-pemohon yang tidak berjaya menerima sebarang jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
 
  Peringatan :
Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957(Semakan 1989).
 
Copyright © 2011 www.mpsp.gov.my | Copyright Reserved.